Monday, October 3, 2016

1.1.1 Mengenal jenis garisan

1.1.1 MENGENAL JENIS GARISAN

Definisi Garisan


·         Garisan ialah kesan yang dihasilkan dengan, menggunakan alat instrumen media atau bahan yang dimulakan daripada satu titik merentasi suatu permukaan atau sesuatu kawasan
·         Garisan terbentuk daripada hasil percantuman deretan titik-titik dimana jika kita terus menggaris kita akan menghasilkan satu garisan.

Jenis-jenis Garisan

1.    Garisan Tebal
2.    Garisan Nipis
3.    Garisan Putus-putus
4.    Garisan Melengkung
5.    Garisan Bergerigi
6.    Garisan Berserabut
7.    Garisan Beralun
8.    Garisan Berlingkar


Aktiviti PdP

1. Guru menyediakan template untuk murid menghasilkan pelbagai bentuk garisan.
2. Murid menghasilkan garisan mengikut kreativiti masing-masing menggunakan pelbagai jenis medium seperti pensil warna, krayon atau magic colour.

No comments:

Post a Comment